Keadaan kolam tadahan air Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM) di Jenderam Hilir, Sepang pada 16 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri kenal pasti 100 kolam, tasik tampung air musim bah, kemarau

SHAH ALAM, 16 MEI: Hampir 100 kolam dan tasik dikenal pasti pentadbiran negeri untuk digunakan ketika musim banjir atau kemarau bawah projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM).

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim berkata kolam dan tasik tersebut bertindak sebagai penampan untuk menampung bekalan air jika berlaku situasi luar jangka.

“Jumlah air di kolam ini hampir 34 juta meter padu dan bagi penggunaan seluruh Selangor, mampu bertahan tiga bulan sekiranya tiada hujan.

“Selangor negeri pertama yang buat dan kita lihat isu ini secara holistik serta bersepadu supaya isu air lebih terjamin pada masa depan,” katanya menerusi program temu bual Selamat Pagi Malaysia di TV1 hari ini.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM332 juta untuk menjayakan SJAM termasuk RM100 juta yang dikhaskan bagi menjamin operasi loji rawatan air jika berlaku pencemaran.

Skim berkenaan turut merangkumi beberapa langkah penyelesaian lain antaranya pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pemantauan skuad Pantas LUAS.

 


Pengarang :