Dato’ Menteri besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama kakitangan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) sempena majlis Rumah Terbuka Aidiliftri Hartanah Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Seksyen 14, Shah Alam pada 16 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MB meriahkan rumah terbuka KHSB, lebih 1,200 tetamu hadir

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 16 MEI: Lebih 1,200 tetamu memeriahkan Majlis Riang Ria Aidilfitri Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang meluangkan masa hampir sejam menjamu selera dan beramah mesra dengan tetamu.

Lapan gerai yang menyajikan pelbagai hidangan antaranya nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, mee kari, cendol, apam balik, kuih-muih dan cucur disediakan untuk tetamu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hartanah Selangor Rahana Abdullah bergambar bersama kaitangan sempena majlis Rumah Terbuka Aidiliftri Hartanah Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Seksyen 14, Shah Alam pada 16 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis biskut dalam tin dan makanan ringan di kedai ‘runcit’ di luar dewan serta minum teh tarik di gerai terletak bersebelahan.

Kugiran Amir Percussion menghiburkan tetamu dengan dendangan lagu raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hartanah Selangor Rahana Abdullah bercakap kepada media ketika majlis Rumah Terbuka Aidiliftri Hartanah Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Seksyen 14, Shah Alam pada 16 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif KHSB Rahana Abdullah berkata ini kali pertama pihaknya menganjurkan majlis Aidilfitri di luar pejabat.

“Terima kasih kepada semua tetamu terutama Dato’ Menteri Besar yang meluangkan masa hadir ke majlis kami,” katanya.


Pengarang :