Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) Tahun 2023 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 13 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB seru agensi jadikan RS-1 rujukan utama merangka hala tuju

SHAH ALAM, 16 MEI: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) perlu menjadi rujukan utama agensi Kerajaan Negeri dalam merangka hala tuju dan pembangunan dasar atau program jabatan.

Dato’ Menteri Besar berkata agenda perancangan lima tahun itu merangkumi strategi dan inisiatif untuk memacu ekonomi selain menjadikan Selangor sebagai pusat industri, negeri pintar, makmur dan berdaya huni.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, RS-1 dirancang dan direncana untuk menyuntik kembali pembangunan, keadaan sosial ekonomi dan kemaslahatan rakyat secara menyeluruh setelah mendepani pandemik Covid-19.

“RS-1 adalah beberapa kertas induk berlatarbelakangkan pelbagai pelan termasuk pembangunan negeri, infrastruktur, pembangunan industri dan pengangkutan awam.

“Ia merupakan satu pelan tersusun yang mana kita berjaya menggarap bukan saja pelan atur kerajaan tetapi pembangunan yang dirangka oleh pihak swasta dalam negeri dan tidak ketinggalan apa yang ada dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) Tahun 2023 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 13 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) 2022 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) 2023 penjawat awam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Amirudin menambah menjadikan RS-1 sebagai rujukan adalah penting bagi memastikan Selangor kekal sebagai penyumbang utama ekonomi negara memandangkan rizab simpanan negeri mencapai RM3.7 bilion, tertinggi sejak 11 tahun lalu.

“Kita juga berjaya tunjukkan prestasi kutipan hasil yang bagus terutama dalam tempoh tiga tahun berturut-turut apabila kutian kita berjaya melepasi daripada sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.

 


Pengarang :