Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 16 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Integriti, tatakelola baik asas pentadbiran negeri

SHAH ALAM, 17 MEI: Aspek integriti dan tatakelola yang baik menjadi asas penting kepada struktur perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata tadbir urus berintegriti adalah tunjang yang harus dikekalkan di sebalik perubahan ke arah digitalisasi dan pentadbiran pintar.

“Jangan dilupakan bahawa aspek integriti dan tatakelola yang baik selain perkhidmatan yang bermanfaat kepada rakyat masih menjadi asas penting kepada struktur perkhidmatan kerajaan.

“Selain itu, adalah penting untuk memastikan perkhidmatan yang disampaikan itu memberi manfaat, kemudahan, kelegaan dan kelangsungan kepada kehidupan rakyat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Anugerah Jasamu Dikenang kepada 185 penjawat awam pentadbiran Kerajaan Selangor malam tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 16 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Mengulas lanjut, beliau berkata keupayaan menyegerakan dan melancarkan peralihan pentadbiran negeri kepada digitalisasi bergantung kepada kesediaan warga kerjanya.

“Bagaimana menbudayakan digitalisasi itu adalah cabaran paling besar. Kita sendiri kena belajar adaptasi dan bersedia ke arah digitalisasi. Ini kerana perubahan teknologi sangat pantas berbanding apa yang kita impikan atau kita bayangkan dalam fikiran.

“Dalam masa beberapa tahun digitalisasi akan dilaksanakan sepenuhnya dan ini semua memerlukan pembudayaan dan kebiasaan dalam kalangan kita,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 16 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKIN

Pengarang :