Foto FacebookKuala Lumpur Command and Control Center DBKL
AGENDANASIONAL

Bilik pencawang TNB di pusat beli-belah Mid Valley terbakar

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah Mid  Valley Megamall hari ini.

Beberapa video tular di media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM) ketika dihubungi mengesahkan kebakaran telah berlaku di pusat beli-belah itu.

“Kebakaran itu melibatkan salah sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad. Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.

— BERNAMA


Pengarang :