PBTSELANGOR

MPK tawar kursus gunting rambut lelaki serendah RM50 pada 28 Mei

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 19 MEI : Orang ramai boleh mengikuti kursus asas gunting rambut lelaki dengan bayaran serendah RM50 anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 28 Mei.

Kursus sehari bawah program Pemberdayaan Komuniti Daerah Klang dijadual berlangsung di Dewan Mini Auditorium E-Library di Jalan Tengku Kelana, Klang mulai 9 pagi hingga 3 petang.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan kursus yang dibimbing tenaga pengajar berpengalaman dari Walter College ditawarkan kepada penduduk berumur antara 25 hingga 45 tahun.

“Penyertaan adalah terhad kepada 40 peserta dan syarat serta borang pendaftaran boleh didapatkan pada imbasan QR code yang telah disediakan,” maklumnya melalui Facebook.

Menurut MPK, peserta juga dibekalkan dengan e-Book pembelajaran yang lengkap sebagai rujukan.


Pengarang :