Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Najmudin Jemain (tiga, kanan) dan Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dato’ Wan Kamal Mujani (tiga, kiri) bertukar dokumen memorandum persefahaman (MOU) pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MPKj di perkarangan Menara MPKj, Hulu Langat pada 19 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPKj-UKM meterai MoU, tangani penyakit berjangkit bawaan vektor

HULU LANGAT, 19 MEI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan kerjasama menangani penyakit berjangkit bawaan vektor.

Menerusi MoU itu MPKj melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatannya bakal bekerjasama dengan UKM dalam memperkasa komuniti melalui menerusi seminar, persidangan atau bengkel berkaitan isu penyakit berjangkit bawaan vektor.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Najmudin Jemain (tiga, kanan) dan Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dato’ Wan Kamal Mujani (tiga, kiri) menunjukkan produk Bimobet pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MPKj di perkarangan Menara MPKj, Hulu Langat pada 19 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Selain itu, kerjasama lain termasuk memberi khidmat nasihat dan projek dalam membangunkan produk dan inovasi dalam kawalan dan pencegahan penyakit bawaan vektor.

“MoU itu akan turut meliputi penyediaan kepakaran penasihat dalam penyelesaian isu berkaitan penyakit bawaan vektor,” kata pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, MPKj turut memperkenalkan perangkap pembiakan nyamuk biologi BIMOBET (BMT2) yang mampu membunuh nyamuk dewasa dan menghalang pembiakan jentik-jentik.

Sebelum ini, MPKj memperkenalkan BIMOBET untuk kawalan luar manakakala BMT 2 adalah untuk kaedah kawalan dalaman yang sesuai digunakan di dalam rumah.

Terdapat pelbagai juadah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2023 di perkarangan Menara MPKj, Kajang pada 29 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Terdahulu, majlis pertukaran MoU disempurnakan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini hari ini.

Majlis yang berlangsung di perkarangan Menara MPKj dihadiri lebih 1,500 tetamu.


Pengarang :