Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Dato Mufti Shuib, Hulu Langat pada 22 Mei 2023. Foto Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI
AGENSISELANGOR

MBI hulur RM3,000, ringan beban tiga keluarga mangsa kebakaran di Hulu Langat

SHAH ALAM, 22 MEI: Tiga keluarga mangsa kebakaran di Hulu Langat bakal menerima bantuan RM3,000 dari Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata pihaknya menghulurkan bantuan awal RM300 bagi setiap keluarga selain kit kebersihan dan makanan retort.

“Pada sesi lawatan MBI tadi, serahan bantuan awal RM300 tunai diserahkan terlebih dahulu. Manakala baki sumbangan akan diberikan selepas selesai proses dokumentasi.

“MBI juga turut menghulurkan kit kebersihan dan makanan retort untuk meringankan beban mereka,” katanya ketika dihubungi.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Dato Mufti Shuib, Hulu Langat pada 22 Mei 2023. Foto Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI

Terdahulu, Ahmad Azri melawat mangsa kebakaran bagi menghulurkan sumbangan berkenaan di Dewan Orang Ramai, Kampung Dato’ Mufti Shuib di Hulu Langat, hari ini.

Sementara itu, Smart Selangor Operation Centre (SSOC) menerusi kenyataan berkata seramai 23 penduduk membabitkan tiga keluarga terjejas dalam kebakaran itu pada kelmarin.

Menurut SSOC, kesemua mangsa ditempatkan pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Dato’ Mufti Shuib, Kampung Tengah yang mula dibuka lewat petang hari kejadian.


Pengarang :