Orang ramai hadir pada sambutan Minggu Perpaduan Malaysia Madani peringkat Selangor 2023 di Taman Tasik Shah Alam pada 27 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pengunjung teruja program menarik di Minggu Perpaduan Selangor

SHAH ALAM, 27 MEI: Pelbagai pengisian menarik pada sambutan Minggu Perpaduan peringkat negeri di sini hari ini sehingga menarik minat ramai pengunjung pelbagai latar belakang.

Suri rumah, Sri Yunika Sahril, 33, berkata beliau hadir seawal jam 7 pagi bagi menyertai beberapa aktiviti termasuk larian perpaduan bersama tiga anaknya.

Sri Yunika Sahril

“Saya datang dari Seksyen 32 bersama semua ahli keluarga. Banyak aktiviti yang dianjurkan dan kebetulan hari ini cuti sekolah, jadi saya datang bawa anak-anak.

“Sambutan juga sangat meriah dan ada macam-macam aktiviti. Saya harap program ini dapat diteruskan setiap tahun,” katanya pada

Sementara itu, Haika Ramesh Suppaya, 43, berkata program ini membuka mata ramai pihak untuk lebih mengenali adat resam setiap kaum di Malaysia.

Haika Ramesh Suppaya

Menurut kakitangan awam itu, program itu juga menyerlahkan fungsi sebenar Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang selama ini kurang dikenali berbanding jabatan kerajaan lain.

“Sebelum ini tidak ramai tahu mengenai Jabatan Perpaduan. Jadi, hari ini kita semua tahu peranan mereka iaitu mewujudkan kesepaduan dan keharmonian masyarakat,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 5,000 pengunjung menyertai pelbagai aktiviti seperti larian perpaduan, persembahan kebudayaan dan piknik perpaduan di Taman Tasik Shah Alam.

Sambutan bertemakan ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’ itu akan diteruskan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi esok dengan pelbagai acara menarik.


Pengarang :