Pelajar mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam pada 2 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Keputusan SPM 2022 diumum 8 Jun

PUTRAJAYA, 29 MEI: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan pada 8 Jun, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

Slip keputusan akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 mulai 10 pagi pada 8 Jun sehingga jam 6 petang, 14 Jun.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM 2022 dengan menaip SPMNombor Kad PengenalanAngka Giliran dan hantar ke 15888.

Sistem tersebut akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga 6 petang, 14 Jun.

Seramai 403,637 calon telah berdaftar bagi menduduki peperiksaan SPM 2022 di 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.

– BERNAMA


Pengarang :