Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membuat lawatan selepas majlis sesi pelancaran Siri Warisan Islami Selangor dan Buku Sejarah Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB rindu suasana bincang buku bersama rakan-rakan

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Dato’ Menteri Besar merindui suasana perbincangan buku bersama rakan-rakannya, namun terpaksa dikorbankan sejak 2018 apabila menggalas jawatan sebagai pemimpin nombor satu di Selangor.

Menggemari buku yang memberi inspirasi, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata amalan perbincangan secara berkumpulan merupakan kegembiraan buat dirinya sejak beliau masih muda.

“Kalau tanya apa yang saya rindu, saya rindu perbincangan santai dengan rakan-rakan. Tentang buku apa yang kami baca dan sebagainya.

“Masa muda saya banyak habis pada diskusi buku. Saya tidak suka ke pusat beli-belah atau panggung wayang. Kedengaran macam bosan, tetapi itulah kegembiraan saya.

“Saya berpendapat kita tidak boleh baca sendirian tanpa menguji apa yang kita baca,” katanya pada program Borak-Borak Buku Bersama MB malam tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkongsi pengalaman ketika borak – borak buku selepas merasmikan majlis sesi pelancaran Siri Warisan Islami Selangor dan Buku Sejarah Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Program yang menampilkan pempengaruh media sosial Syukor Majid dan Cikgu Fadhli Salleh selaku moderator merupakan sebahagian acara yang berlangsung dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Amirudin mengangkat sumpah sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor ke-16 pada Jun 2018, ketika berusia 38 tahun.

Mengakui tidak pernah bermimpi untuk menggalas jawatan berkenaan, Amirudin berkata perlantikan beliau dibuat secara kebetulan dan spontan selain ia mengejutkan ramai pihak ketika itu.


Pengarang :