Lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan kilang lama di Kampung Coldstream, Bidor, Ipoh pada 29 Mei 2023. Foto Bernama
AGENDAJENAYAH

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

IPOH, 29 MEI: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan kilang lama yang sudah tidak beroperasi di Kampung Coldstream, Bidor pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian mengenai mangsa berusia lingkungan 40-an itu jam 11.30 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati ada seorang mangsa lelaki terkena renjatan elektrik, namun tiada pengenalan diri pada mangsa tersebut.

“Pemeriksaan mendapati masih ada arus elektrik di kawasan mangsa dan kami memohon bantuan Tenaga Nasional Berhad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

– BERNAMA


Pengarang :