Antara burung gagak yang berjaya ditembak dan bakal dilupuskan. Foto Facebook MPKS
PBTSELANGOR

40 individu daftar kempen operasi tembak gagak MBPJ

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 31 MEI: Sebanyak 40 penembak telah mendaftar secara dalam talian untuk menyertai kempen menembak gagak pada 22 Julai dan 26 Ogos depan.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir berkata pendaftaran tersebut diterima sejak dibuka dari 18 April hingga 17 Mei lalu.

“Bagi menyertai kempen ini pemohon perlu mengemukakan salinan kad pengenalan, buku lesen menembak yang terbaharu, buku akaun atau penyata bank.

“Buat masa ini kami sedang dalam proses memohon permit Polis Diraja Malaysia bagi menjayakan kempen ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat MBPJ di Ibu Pejabat MBPJ di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya akan memberikan RM6 bagi setiap ekor gagak yang ditembak.

Tahun lalu 916 gagak ditembak dengan bayaran RM5,496.


Pengarang :