Kakitangan menyediakan risalah inisiatif negeri pada 29 Mei di Pavilion Selangor sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ OTHMAN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lima acara menarik sempena hari terakhir PBAKL di Pavilion Selangor

SHAH ALAM, 4 JUN: Lima acara menarik menanti pengunjung di Pavilion Selangor sempena hari berakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 hari ini.

Acara pada 11 pagi menampilkan penulis buku, Nor Azhar Ishak bagi segmen Story Telling with Uncle Nal diikuti bicara buku Makin Diuji Makin Berani bersama penulisnya, Hamidah Mat (12 tengah hari).

Sesi penerangan mengenai pelesenan dan pengurusan harta intelek pula berlangsung pada 1 petang diikuti bicara sasterawan bersama artis terkenal, Imuda (2 petang).

Segmen musik bersama Amirullah dan Kenanga Juwita menjadi acara penutup sehingga 5 petang.

“Anda semua berpeluang untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan agenda Selangor maju bersama,” maklum Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di Facebook.

Pavilion itu merupakan ruangan Selangor sebagai negeri tamu sempena pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan kepentingan orang ramai.


Pengarang :