AGENDANASIONAL

MB sembah tahniah, ucap selamat sempena ulang tahun kelahiran Tengku Permaisuri

SHAH ALAM, 4 JUN: Dato’ Menteri Besar menzahirkan ucapan tahniah dan selamat hari lahir kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-52 hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook turut mendoakan agar Tengku Permaisuri Norashikin dipanjangkan umur dan memperoleh kebaikan.

“Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-52 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat,” katanya.

Tengku Permaisuri Norashikin dilahirkan pada 4 Jun 1971 dan melangsungkan perkahwinan bersama DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang.


Pengarang :