Poster kursus penyediaan makanan halal secara percuma DUN Kota Anggerik. Foto DUN Kota Anggerik
ADNSELANGOR

DUN Kota Anggerik pelawa orang ramai sertai kursus penyediaan makanan halal

SHAH ALAM, 5 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mempelawa orang ramai menyertai kursus penyediaan makanan halal secara percuma pada 8 Jun ini.

Pegawai khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Akif Ruzaini berkata kursus berkenaan terbuka kepada persatuan peniaga, peniaga gerai, peniaga pasar segar, pengusaha kantin, peniaga atas talian dan orang awam.

“Pendaftaran adalah percuma dan terhad kepada 200 peserta sahaja dan mereka akan menerima sijil diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya dalam kenyataan.

Menurut Akif mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan https://forms.gle/MCag4oMY3MStfchN8 serta imbas QR di pister tertera.

Katanya, program berkenaan akan diadakan di Auditorium Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.


Pengarang :