Hebahan mengenai kios bayaran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di empat lokasi tumpuan umum bagi memudahkan orang ramai membayar bil, cukai, lesen dan kompaun. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya
PBTSELANGOR

MBPJ sediakan kios bayaran di empat lokasi tumpuan umum

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menempatkan kios bayaran di empat lokasi tumpuan umum bagi memudahkan orang ramai membayar bil, cukai, lesen dan kompaun.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ memaklumkan empat lokasi itu ialah di pasar awam Jalan Othman, pasar awam Taman Megah SS24, pasar awam PJKita @ Sri Damansara, SD5 dan pusat komuniti The Spine @ PJKita, SS7.

“Kios bayaran ini beroperasi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am dari jam 7.30 pagi hingga 9 malam.


Waktu operasi kios bayaran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di empat lokasi tumpuan umum bagi memudahkan orang ramai membayar bil, cukai, lesen dan kompaun. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya

“Kios ini menerima semua pembayaran bagi bil MBPJ dengan menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Menurut sekretariat itu inisiatif berkenaan diharap dapat memudahkan orang awam berurusan dengan MBPJ tanpa perlu hadir ke ibu pejabat dan urusan juga boleh dibuat di luar waktu pejabat.

Sebarang pertanyaan berkaitan kios itu boleh hubungi talian Bahagian Hasil di 03-7956 3544 sambungan 220.


Pengarang :