Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin (tengah) bergambar bersama peserta pertandingan bola sepak bendang, antara acara yang dianjurkan dalam Sukan Sawah di Blok EQSW, Kuala Selangor pada 5 Jun 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin
ADNSELANGOR

Sukan Sawah DUN Permatang meriah, 100 penduduk ambil bahagian

Oleh IMAN IZZIQRY

SHAH ALAM, 6 JUN: Sukan Sawah di Dewan Undangan Negeri Permatang semalam berlangsung meriah dengan hampir 100 penduduk mengambil bahagian dalam pelbagai acara.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata sukan yang berlangsung di tapak Blok EQSW, di sini bertujuan mengajak penduduk mengamalkan gaya hidup sihat selain mengeratkan ukhuwah.

“Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah kepada penganjur yang berjaya menarik kira-kira 100 peserta menyertai pelbagai acara terutamanya kepada anak muda yang dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti seperti ini.

“Lebih menarik, kehadiran bukan sahaja anak muda, namun ibu bapa juga memberi sokongan sangat menggalakkan sekali gus objektif mengeratkan silaturahim sesama penduduk kampung dan pemimpin masyarakat tercapai,” katanya ketika dihubungi Media Selangor, hari ini.

Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin (tengah) bergambar sebelum melepaskan peserta pertandingan motor cross, antara acara yang dianjurkan dalam Sukan Sawah di Blok EQSW, Kuala Selangor pada 5 Jun 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin

Selain pertandingan bola sepak bendang, Sukan Sawah turut menganjurkan sukan bujang VS kelamin, pertandingan motor cross 4T, 2T dan juga cabutan bertuah.

“Tahniah buat semua pihak yang memberi sokongan dan mengambil bahagian kepada sukan Sawah Blok EQSW 2023,” katanya.


Pengarang :