Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) mengangkat obor sebagai simbolik perasmian bersama ketua cabang AMK dan ketua wanita cabang KEADILAN pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya AMK dan Wanita KEADILAN Selangor di padang awam Kampung Permatang, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jentera pilihan raya wanita, Angkatan Muda KEADILAN Selangor dilancar

KUALA SELANGOR, 10 JUN: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Jentera Pilihan Raya Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN Selangor.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor turut merasmikan Sistem Pengurusan Pilihan Raya Selangor (elMAS) iaitu khusus untuk gerak kerja dan kempen sepanjang berlangsungnya pilihan raya.

Amirudin ketika berucap berkata sistem itu diguna pakai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang berupaya membantu jentera ketika berkempen.

“Alhamdulillah ia mampu menjejak dan membantu jentera. Justeru, wanita dan AMK perlu berganding bahu santuni tanpa ada sesiapa terlepas,” katanya pada pelancaran jentera di Padang Awam Kampung Permatang malam tadi.

Majlis pelancaran itu dihadiri Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat Juwairiya Zulkifli dan Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim.

Turut hadir, Ketua Wanita KEADILAN Selangor Rozana Zainal Abidin dan Ketua AMK Selangor Muhammad Izuan Kasim.


Pengarang :