Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad (dua, kanan) menyampaikan sijil kepada seorang guru Sekolah Kebangsaan Batang Kali pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-48 pada 10 Jun 2023. Foto Pusat Khidmat DUN Batang Kali
ADNSELANGOR

PIBG SK Batang Kali terima RM2,000, lancarkan aktiviti luar murid

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 11 Jun: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali menyerah sumbangan berjumlah RM2,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Batang Kali (SKBK).

Penyelarasnya Saifuddin Shafi Muhammad berkata bantuan itu akan digunakan untuk melancarkan urusan aktiviti luar PIBG dan murid.

“Kali ini untuk SKBK, sumbangan ini boleh dimanfaatkan untuk PIBG seperti urusan pelajar bertanding silat atau perlawanan bola sepak seperti sewa van dan sebagainya.

“Banyak sekolah yang memohon daripada kita dan kita akan usaha luluskan dan sumbangkan mengikut keperluan,” katanya ketika dihubungi.

Sumbangan tersebut disampaikan Saifuddin kepada Guru Besar Abdul Razak Abdul Rashid dan Yang Dipertua PIBG Mohd Azhar Mohd Jusan ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-48 semalam.


Pengarang :