AGENDAJENAYAH

Lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas disahkan meninggal dunia

SHAH ALAM, 12 JUN: Lelaki berusia 55 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas berkunci sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah di Setia Alam dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan daripada isteri mangsa pada jam 3.04 pagi mengenai suaminya yang terkunci dalam tandas di rumah mereka.

Beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas ke lokasi.

“Sejurus tiba di lokasi, terdapat seorang mangsa didapati terkunci dalam tandas dan dipercayai pengsan.

“Selepas pintu dibuka, mangsa dijumpai tidak sedarkan diri atas lantai dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya.


Pengarang :