Sebahagian daripada penjawat awam yang hadir pada majlis Amanat Khas Perdana Menteri bersama penjawat awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tingkat keupayaan penjawat awam, kerajaan sedia hantar jalani latihan di institusi luar negara

SHAH ALAM, 12 JUN: Kerajaan bersedia dan terbuka menghantar penjawat awam khususnya usia muda menjalani latihan khusus di syarikat dan institusi terkemuka luar negara bagi meningkatkan keupayaan sektor itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menerusi perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memutuskan untuk membuat pengambilan penjawat awam usia muda sebagai pelapis masa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis amanat khas PM bersama penjawat awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Baru-baru ini mesyuarat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kita putuskan ambil penjawat awam yang muda-muda. Fikir (ke hadapan) untuk 10 hingga 15 tahun lagi.

“Kalau mereka perlu latihan khusus sama ada dengan syarikat (atau) universiti terkemuka luar negara, belajarlah. (Ini) untuk latih dan tingkat keupayaan perkhidmatan awam. Saya fikir ini lebih baik daripada membazir untuk hal-hal lain,” katanya.

Sebahagian daripada penjawat awam yang hadir pada majlis amanat khas PM bersama penjawat awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 1,000 penjawat awam Selangor turut disertai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.


Pengarang :