Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 13 JUN: Orang ramai dijemput memeriahkan program Klang Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Malaysia Tanpa Rasuah di Laman Seni Safari, Klang Ahad ini.
Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata pelbagai acara menarik disediakan antaranya jalan kaki sejauh lima kilometer, kayuhan santai, senam robik, demonstrasi bomba dan aktiviti oleh Rasuah Busters.
“MPK juga turut menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak seperti pameran buku, perpustakaan bergerak serta pelbagai acara lain.
“Turut diadakan pameran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor,” kata Norfiza Mahfiz.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/06/Picture9-1-500x334.png.webp)
Menurutnya bagi melancarkan program itu MPK akan menutup sebahagian jalan melibatkan Jalan Tengku Kelana termasuk di hadapan Galeri Diraja dan Jalan Istana dari jam 7 hingga 9.30 pagi.
“Orang ramai diminta tidak melalui jalan dinyatakan pada tempoh tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-3375 5555 sambungan 1606 atau 1237,” katanya.