Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (tiga, kanan) ketika majlis Perasmian Program Khidmat Komuniti Servis Minyak Enjin P-Hailing dan Wanita Selangor Sihat dan Anggun di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), Kuala Selangor pada 14 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI-STDC jayakan dua program, bantu pekerja p-panggilan, wanita di Kuala Selangor

Oleh IMAN IZZIQRY

KUALA SELANGOR, 14 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) bekerjasama menjayakan dua program khidmat komuniti yang memberi manfaat kepada pekerja p-panggilan dan wanita di Kuala Selangor.

Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli berkata menerusi kerjasama itu, seramai 150 pekerja p-panggilan menerima baucar minyak enjin sempena program Servis Minyak Enjin P-Panggilan yang berlangsung STDC di sini, hari ini.

Sementara bagi wanita pula, Juwairiya berkata sebanyak 300 baucar diberikan untuk golongan berkenaan mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kecantikan menerusi program Wanita Selangor Sihat & Anggun (Wangsa).

Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli melihat jenis minyak hitam yang digunakan ketika majlis Perasmian Program Khidmat Komuniti Servis Minyak Enjin P-Hailing dan Wanita Selangor Sihat dan Anggun di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), Kuala Selangor pada 14 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Dua program ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada pelajar STDC mengaplikasikan apa yang dipelajari disamping dapat memberi manfaat dan meringankan sedikit beban pekerja p-panggilan.

“Bagi program Wangsa pula, ia memberi peluang kepada wanita untuk mendapatkan perkhidmatan urut badan, ‘facial’ dan dandanan rambut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kedua-dua program tersebut.

Dijadual berlangsung sehingga Ogos, Wangsa dikendalikan enam pelajar STDC jurusan Kecantikan Wanita berdasarkan janji temu yang dibuat penerima baucar.

Pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) sedang membuat latihan terapi kecantikan ketika majlis Perasmian Program Khidmat Komuniti Servis Minyak Enjin P-Hailing dan Wanita Selangor Sihat dan Anggun di STDC, Kuala Selangor pada 14 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Pengarang :