Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga petrol, diesel kekal hingga minggu depan

KUALA LUMPUR, 14 JUN: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 15 hingga 21 Jun, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA


Pengarang :