Suasana sekitar Kebun Komuniti dan Laman Dapur di Seksyen 20, Shah Alam pada 23 Jun 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Geran projek RM10,000 menanti juara pertandingan indahkan alam sekitar

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 15 JUN: Persatuan Penduduk (JKP) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dipelawa menyertai pertandingan Program Indah Persekitaran 2023 yang menawarkan hadiah geran projek sehingga RM10,000.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memaklumkan insentif modal RM250 kepada 20 penyertaan akan diberi sebagai permulaan pertandingan mengikut syarat ditetapkan.

Johan pertandingan bakal memperoleh geran projek bernilai RM10,800 beserta wang tunai RM1,200 diikuti naib johan dengan geran projek RM7,200 beserta RM800 dan geran projek RM4,500 dan RM500 bagi tempat ketiga.

Pertandingan bermula sejak 1 Mei hingga 31 Oktober depan dan tarikh tutup penyertaan pada 28 Jun ini.

Sebarang maklumat lanjut rujuk di Facebook MPHS atau hubungi Jabatan Landskap di talian 03-6064 1726.


Pengarang :