Penguat kuasa Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengarahkan pemberhentian kerja menaik taraf premis perniagaan. Foto Facebook MPKS pada 13 Julai 2023.
PBTSELANGOR

MPKS arah premis henti kerja ubah suai tanpa kebenaran

Oleh: Iman Izziqry

SHAH ALAM, 15 JUN: Sebuah premis perniagaan di Kuala Selangor diarah memberhentikan kerja pengubahsuaian kerana melakukannya tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan tidakan diambil bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“MPKS menasihatkan pemilik premis atau kediaman yang berhasrat melakukan pengubahsuaian untuk untuk mendapatkan permit ubah suai dan sewaan tong roro daripada pihak MPKS terlebih dahulu.

“Permohonan permit ubah suai penting bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kawalan Bangunan, MPKS di talian 03-32891439 sambungan 218,” menurut kenyataan itu.

Penguat kuasa Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengarahkan pemberhentian kerja menaik taraf premis perniagaan. Foto Facebook MPKS pada 13 Julai 2023.

Pengarang :