Pasukan Operasi Agihan Lembaga Zakat Selangor Daerah Kuala Selangor menziarah dan menyumbangkan katil hospital kepada seorang mualaf di kediamannya di Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor pada 15 Jun 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Mualaf terlantar akibat nahas jalan raya terima katil, keperluan rawatan sumbangan LZS

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 16 JUN: Nasib seorang mualaf yang terlantar susulan terlibat kemalangan jalan raya sejak tiga bulan lalu mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam.

Agensi itu menyumbangkan katil hospital untuk kegunaan asnaf terbabit selain turut meluluskan bantuan lampin dewasa dan keperluan cucian luka secara bulanan.

“Mualaf ini yang masih bujang, terlantar akibat kemalangan jalan raya sejak Mac lalu dan kini dijaga dan diuruskan keluarganya yang masih belum memeluk Islam.

“Kami juga berkesempatan membuat serahan bantuan perubatan berupa katil hospital untuk kegunaan beliau selain meluluskan keperluan perubatan lain seperti lampin dewasa serta keperluan cucian luka secara bulanan,” menurut agensi itu di Facebook.

LZS berharap bantuan yang diagihkan pasukan Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor meringankan beban ditanggung.

“Terima kasih kepada pengeluar zakat. Sedikit bagi anda segalanya buat mereka,” katanya.


Pengarang :