Aktiviti perkhemahan di Bernam Nature Hut (gambar hiasan). Foto BERNAM NATURE HUT
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pengusaha sokong pelarasan garis panduan aktiviti tapak khemah

SHAH ALAM, 16 JUN: Usaha Kerajaan Negeri mahu menyelaras garis panduan aktiviti di kawasan perkhemahan mendapat sokongan pengusaha tapak.

EXCO alam sekitar berkata sejak Februari ramai pengusaha mendaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehkan operasi mereka berjalan lancar.

“Kita mahu menyediakan garis panduan di tapak khemah demi menjaga keselamatan awam. Usaha kita mendapat sokongan malah ramai pengusaha sudah mendaftar.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian pada majlis pelancaran dan uji cuba bas pelancongan Selangor hop on hop off di IOI City Mall, Putrajaya pada 20 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Kita gesa mana-mana pengusaha yang belum mendaftar segera berbuat demikian. Langkah ini memudahkan urusan semua pihak termasuk pelanggan,” kata Hee Loy Sian.

Beliau berkata demikian pada majlis penganuegrahan hak pembangunan menara tinjau Ampang Look Out Point’ (ALOP) sebagai pusat kecemerlangan hutan negeri kepada Pearl Holiday Travel & Tour Sdn Bhd semalam.

Bermula 1 Februari lalu, semua pengusaha tapak perkhemahan di Selangor diwajibkan berdaftar dengan PBT bagi menjamin keselamatan pengunjung.

Keputusan itu dibuat susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada Disember tahun lalu, yang mengorbankan 31 nyawa.


Pengarang :