Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita barangan dan meletakkan pita kuning di sebuah kilang peleburan logam yang beroperasi tanpa lesen di Jalan Zurah 3A, Kawasan Perindustrian Zuhrah, Rasa di Hulu Selangor pada 14 Jun 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor
AGENSISELANGOR

Padah operasi secara haram, sebuah kilang lebur logam disita MPHS

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 16 JUN: Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti peleburan logam di Jalan Zurah 3A, Kawasan Perindustrian Zuhrah, Rasa disita Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 14 Jun.

Hasil pemeriksaan 10 penguatkuasa pihak berkuasa tempatan itu mendapati akitivti pemanasan mesin pelebur bahan logam sedang dijalankan dan beberapa acuan berisi cecair logam masih dalam keadaan panas.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati kilang tersebut telah melakukan kesalahan bawah Undang-undang Kecil (UUK) 3 Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007 iaitu tidak memiliki lesen perniagaan yang sah dan menjalankan operasi tanpa kebenaran daripada MPHS,” kata MPHS di Facebook.

MDHS turut menyita beberapa peralatan termasuklah sebuah jentera angkat barang (forklift), kipas industri (1), silinder gas (6) ,troli (1) dan 50 botol cecair latex (50) untuk dibawa ke depoh tahanan untuk tindakan lanjut.

Akitivti pemanasan mesin pelebur bahan logam sedang dijalankan dan beberapa acuan berisi cecair logam masih dalam keadaan panas ketika serbuan penguatkuasa Majlis Perbandaran Hulu Selangor di sebuah kilang di Jalan Zurah 3A, Kawasan Perindustrian Zuhrah, Hulu Selangor pada 14 Jun 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor

 


Pengarang :