Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan ke majlis bacaan Yasin sempena keberangkatan Baginda ke Tanah Suci di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 16 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sultan hadiri majlis baca Yasin sempena keberangkatan ke Tanah Suci

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 16 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena keberangkatan Baginda ke Tanah Suci bagi menunaikan haji minggu depan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Turut mengiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim dan EXCO Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 16 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sultan Selangor mendengar khutbah disampaikan Imam Besar Muhammad Farhan Wijaya bertajuk Ibadah Korban Simbol Ketaatan Kepada Allah yang memperihalkan syariat penyembelihan haiwan.

Baginda kemudian meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat pulang.

 


Pengarang :