PBTSELANGOR

MBSJ: Lima MPP gotong-royong sepanjang Jun susulan kes denggi naik

SUBANG JAYA, 16 JUN: Sebanyak lima Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melaksanakan gotong-royong bersama penduduk sepanjang Jun susulan peningkatan kes denggi.

Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Fauzi Yatim berkata sebanyak 3,511 kes denggi direkodkan setakat 10 Jun berbanding 1,489 kes dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“MBSJ meminta MPP untuk mengadakan gotong-royong terutama di lokaliti yang kes denggi tinggi. Setakat ini lima MPP, yang lain dijangka akan melaksanakan gotong-royong dalam masa terdekat,” katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSJ, di sini hari ini, Mohd Fauzi turut memohon kerjasama masyarakat memastikan kawasan persekitaran masing-masing bebas dari tempat pembiakan Aedes.

“Masyarakat diminta meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu sekali mencari dan memusnahkan tempat pembiakan.

“Penduduk juga dinasihatkan membuat semburan aerosol dan menggunakan repellan (ubat pengahalau nyamuk) apabila keluar dari kediaman,” katanya.


Pengarang :