Oleh Iman Izziqry
SHAH ALAM, 17 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjalankan pemantauan pusat hiburan keluarga sekitar daerah itu bagi memastikan operasi premis tidak menyalahi undang-undang.
Operasi Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Klang Utara mendapati enam premis memiliki lesen perniagaan dan iklan yang sah.
“Pemeriksaan di lokasi mendapati premis-premis beroperasi dengan menjalankan aktiviti seperti snooker atau pool dan mesin video atau simulator.
“Kerjasama erat antara MPK dan polis akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pihak membelakangi undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya di Facebook.