Tiga wakil persatuan penduduk Subang Indah menunjukkan replika cek sumbangan untuk Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) yang diserahkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Dewan Sivik MBPJ pada16 Jun 2023. Foto MBPJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBPJ agih sumbangan RM396,000 kepada 132 pasukan keselamatan kejiranan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 18 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengagihkan sumbangan RM3,000 kepada 132 Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ), pada Jumaat lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya berkata sumbangan membabitkan jumlah keseluruhan RM396,000 itu diserahkan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan PKKPJ 2023 di Dewan Sivik MBPJ.

“Kita harap pemberian sumbangan ini akan menggalakkan penubuhan lebih banyak PKKPJ di kawasan kejiranan di Petaling Jaya,” kata Mohamad Azhan Md Amir.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir bergambar bersama wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang menerima sumbangan untuk Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada16 Jun 2023. Foto MBPJ

Menurut Mohamad Azhan PKKPJ merupakan program keselamatan yang bertujuan mewujudkan suasana kejiranan setempat yang selamat dengan penglibatan persatuan dan badan pengurusan penduduk.

Ujarnya MBPJ juga merupakan pihak berkuasa tempatan pertama yang mewujudkan program keselamatan ini.

“Kita sedang mengkaji untuk melaksanakan penambahbaikan beberapa aspek termasuklah penjenamaan semula nama program, kriteria permohonan, tatacara permohonan, kaedah permohonan dan lain-lain yang berkaitan PKKPJ ini,” katanya.


Pengarang :