AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di Klang, Kuala Langat hingga 2 petang

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 18 JUN: Dua daerah di Selangor iaitu Klang dan Kuala Langat diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga pukul 2 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan beberapa daerah di Johor turut diramal mengalami cuaca sama.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :