Oleh Amirul Fazli
SHAH ALAM, 19 JUN: Seramai 30 peserta menyertai program menjahit beg menggunakan kain rentang (banner) kitar semula di Balai Raya Komuniti Batu 15 Dusun Tua Sabtu lalu.
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan tujuan utama program untuk membantu peserta meningkatkan kemahiran dan teknik asas dalam menjahit menggunakan material tersebut.
“Aktiviti ini juga mampu membantu meningkatkan tahap sosial ekonomi penduduk setempat dan mengurangkan masalah banner haram,” katanya di Facebook.
Program anjuran Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj yang berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari disertai Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 dan 2.