ADNEXCOSELANGOR

Pelajar tingkatan 4, 5 dipelawa sertai sukan tradisional Unisel

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 19 JUN: Pelajar tingkatan empat dan lima sekitar daerah Petaling dan Klang dipelawa menyertai pertandingan sukan tradisional anjuran Universiti Selangor (Unisel), 6 Julai depan.

Berdasarkan perkongsian wakil rakyat Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook sebanyak 10 acara dipertandingkan termasuk permainan congkak, sepak bulu ayam dan gasing.

“Pelbagai acara menarik dan hadiah berupa wang tunai turut menanti anda! Jangan lepaskan peluang anda,” katanya.

Tambah Dr Siti Mariah, pertandingan anjuran bersama Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS) diadakan di Dewan Pro-Canselor Unisel, kampus Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang.

Sukan tradisional lain yang dipertandingkan ialah Yo-yo (cakera), Xiang-Qi (catur) sukan tradisional kaum Cina, Kho-Kho (lari dan kejar) sukan tradisional kaum India dan colek lidi sukan tradisional Melayu.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh hubungi Encik Hairin 0192716394 atau Cik Dalina 0133407777.


Pengarang :