Program Muzakarah Zakat Nusantara 2023 Edisi Khas di Hotel Concorde pada 20 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

LZS perluas pendidikan zakat, tingkat kesedaran tunai kewajipan

SHAH ALAM, 20 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhasrat untuk memperkasa media sosial bagi memperluas pendidikan dakwah zakat kepada golongan belia.

Ketua Bahagian Syariah dan Dakwah LZS berkata agensi itu juga memerlukan dana khusus setiap tahun bagi merealisasikan perkara tersebut menerusi pasukan khas.

Ketua Bahagian Syariah dan Dakwah Salehuddin Abu Samah pada Program Muzakarah Zakat Nusantara 2023 Edisi Khas di Hotel Concorde pada 20 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Pusat zakat sekarang, mahu atau tidak kita memerlukan media sosial. Bukan dakwah yang biasa sahaja di masjid atau surau, ia perlukan media sosial.

“Perlu ada kerjasama yang jitu supaya orang faham mengapa perlu bayar zakat. Masih ramai yang tidak tahu zakat saham, zakat harta dan sebagainya,” kata Salehuddin Abu Samah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Muzakarah Zakat Nusantara 2023 di Hotel Concorde di sini hari ini.

Program julung kali dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu menghimpunkan kira-kira 150 perwakilan dari lima negara Asia Tenggara.

Sebanyak 16 kertas kerja dijangka dibentangkan sepanjang tiga hari muzakarah berlangsung. Antaranya daripada Rektor Universiti Islam Selangor (UIS) Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah dan Penolong Mufti (Buhuth) di Jabatan Mufti Brunei Dato’ Seri Setia Dr Awang Mazanan Yusof.


Pengarang :