Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis minum petang Menteri Besar Selangor bersama Ahli Dewan Negeri kerajaan perpaduan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 20 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB raikan wakil rakyat, hargai jasa sepanjang penggal

SHAH ALAM, 20 JUN: Dato’ Seri Amirudin Shari meraikan wakil rakyat kerajaan perpaduan di negeri ini sebagai menghargai jasa mereka sepanjang penggal pentadbiran.

Setiusaha politiknya Juwairiya Zulkifli berkata majlis minum petang di kediaman rasmi di sini hari ini turut disertakan amanat khas daripada Dato’ Menteri Besar.

“Majlis ini untuk meraikan Ahli Dewan Negeri (ADN) dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), DAP, Amanah serta pimpinan Barisan Nasional atas jasa dan sumbangan selama ini.

“Ini juga merupakan perjumpaan terakhir sebelum Dewan Negeri Selangor (DNS) bubar pada Jumaat ini,” katanya ketika ditemui.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis minum petang Menteri Besar Selangor bersama Ahli Dewan Negeri kerajaan perpaduan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 20 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Antara wakil rakyat yang hadir ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri; Rozana Zainal Abidin (Permatang), Datuk Rizam Ismail (Sungai Air Tawar) dan Halimey Abu Bakar (Seri Setia).

Semalam, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perkenan DNS dibubarkan pada Jumaat ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Pengumuman pengisytiharan pembubaran dibuat awal susulan keberangkatan Baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menunaikan ibadah haji hari ini.


Pengarang :