Poster tawaran tajaan pendidikan Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Pelajar lepasan SPM 2022 dipelawa mohon dermasiswa LZS

Oleh IMAN IZZIQRY

SHAH ALAM, 21 JUN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri ini yang berhasrat melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi di Maghribi dipelawa memohon dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menerusi Facebook memaklumkan permohonan tajaan pendidikan itu dibuka mulai 19 hingga 25 Jun ini.

Menurut agensi itu, syarat utama pemohon mestilah warganegara Malaysia yang lahir di Selangor, atau ibu apa lahir di Selangor, atau telah bermastautin lebih dari tiga tahun di Selangor

Bagi syarat minimum akademik, pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya kepujian gred A- bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini atau Kurikulum Bersepadu Tahfiz atau Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.

“Permohonan dan syarat kelayakan boleh disemak di https://epengajiantinggi.jais.gov.my,” menurut Jais.


Pengarang :