Foto Arkib Selangorkini
AGENDANASIONAL

Lebih lapan juta terima Sumbangan Tunai Rahmah fasa tiga mulai 26 Jun

SHAH ALAM, 22 JUN: Lebih lapan juta rakyat berpendapatan rendah (B40) bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa tiga secara berperingkat mulai 26 Jun, maklum Kementerian Kewangan.

Menurut kementerian itu, pembayaran tersebut dipercepat dan disalur sebelum Aidiladha seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, lapor Astro Awani.

Membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion, penerima akan diberikan antara RM100 hingga RM1,300
berdasarkan kelayakan masing-masing, yang dijangka selesai diagihkan pada 5 Julai.

“Penerima yang tiada akaun bank boleh menuntut bayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 26 Jun,” menurut kenyataan tersebut.

Fasa pertama dan kedua STR disalurkan ke akaun masing-masing pada Januari dan April lalu, dengan dana keseluruhan bagi ketiga-tiga sumbangan berjumlah RM5 bilion bagi tahun 2023.


Pengarang :