Orang ramai mendapat suntikan pelalian pada program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja dan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang di Stadium Tertutup MBSJ Serdang Jaya pada 7 November 2021. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ tutup sementara stadium, dewan serba guna sempena PRN

SHAH ALAM, 22 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menutup empat kemudahan awam di kawasan pentadbirannya selama dua bulan mulai esok hingga 31 Ogos ini sempena pilihan raya negeri (PRN).

MBSJ memaklumkan penutupan melibatkan tiga dewan serba guna dan sebuah stadium yang akan dijadikan bilik gerakan dan pusat penjumlahan undi.

“Penutupan melibatkan Stadium MBSJ Serdang Jaya, Dewan Serbaguna Puchong Indah, Dewan Serbaguna Kinrara BK 5 dan Dewan Serbaguna Kompleks 3K Subang Jaya.

“Ia meliputi empat kawasan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan, Seri Serdang, Kinrara dan Subang Jaya,” katanya di Facebook.

Kemudahan itu akan beroperasi semula pada 1 September dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Panggilan Subang Jaya di talian 03-8024 7700 atau layari media sosial rasmi MBSJ.


Pengarang :