Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu dan menyita beberapa barangan di pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Jalan Pekan Baru, Klang pada 21 Jun 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang
PBTSELANGOR

MPK serbu restoran tawar ruang hiburan istirehat, snuker tanpa lesen

SHAH ALAM, 22 JUN: Sebuah restoran di Jalan Pekan Baru Klang dekat di sini yang menawarkan ruang hiburan istirehat (lounge) dan snuker secara haram disita Majlis Perbandaran Klang dalam satu operasi, semalam.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan hasil siasatan mendapati pengusaha restoran berkenaan hanya memiliki lesen perniagaan serta iklan (2023) bagi operasi restoran sahaja.

“Pengusaha menjalankan aktiviti hiburan (lounge dan snuker) tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bahagian pelesenan dan baharu beroperasi selama sebulan.

“Hasil siasatan didapati pengusaha ini hanya memiliki lesen perniagaan serta iklan (2023) bagi operasi restoran sahaja,” maklum MPK dalam kenyataan hari ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu dan menyita beberapa barangan di pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Jalan Pekan Baru, Klang pada 21 Jun 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang

MPK memaklumkan tindakan sitaan lounge dan snuker mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 dan 2001 serta 1995 pindaan 1998 dan 2001.

Menerusi kenyataan sama, antara barangan disita dalam operasi terbabit termasuklah set karaoke, televisyen, speaker, kayu snuker dan bola snuker.

“MPK akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha patuh dengan undang-undang dan arahan kami,” maklumnya.


Pengarang :