Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim (kanan) menyaksikan Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim menyerahkan watikah pembubaran dewan negeri Selangor kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Selangor Shafie Taib pada majlis perhimpunan penjawat awam dan pemimpin masyarakat bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Speaker serah watikah bubar DUN Selangor kepada SPR

SHAH ALAM, 23 JUN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ng Suee Lim menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor Shafie Taib di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, pagi tadi.

Penyerahan notis dibuat selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menandatangani watikah pembubaran DUN pada Isnin lepas, sekali gus membuka jalan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

– BERNAMA


Pengarang :