Pegawai skuad jejak kemiskinan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang mengadakan proses bancian asnaf di dearah Klang pada 24 Jun 2023. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS laksana program jejak kemiskinan, pastikan tiada golongan cicir bantuan

Oleh Iman Izziqry

SHAH ALAM, 25 JUN: Skuad Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesan hampir 500 keluarga pelajar di daerah Klang yang dikategorikan golongan berpendapatan rendah.

Agensi tersebut memaklumkan program menjejak kemiskinan bertujuan mencari seberapa ramai asnaf fakir miskin sekali gus memastikan tiada keluarga tercicir untuk menerima bantuan.

“Program jejak asnaf kali ini, kami turun ke Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Bukit Tinggi bagi menjejaki asnaf-asnaf baru di kawasan tersebut.

“Hasil kerjasama dengan pihak sekolah, hampir 500 keluarga pelajar yang berpendapatan rendah telah dikenal pasti dan seramai 150 keluarga telah dijemput hadir bagi proses bancian asnaf siri 1 ini,” katanya di Facebook semalam.

Justeru, LZS berkata, program jejak kemiskinan asnaf ini akan terus diadakan di Selangor bagi memastikan mereka yang memerlukan bantuan dapat dikesan untuk diberi dana zakat.

Pegawai skuad jejak kemiskinan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang mengadakan proses bancian asnaf di dearah Klang pada 24 Jun 2023. Foto Facebook LZS

 


Pengarang :