Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shar berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya HARAPAN Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 24 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Nilai pelaburan RM18 bilion pada 2018, pencapaian terbaik dalam tempoh 30 tahun

SHAH ALAM, 25 JUN: Nilai pelaburan sehingga RM18 bilion dicatatkan pada 2018 menjadi pencapaian terbaik negeri sepanjang tempoh 30 tahun, kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan diperoleh selepas beliau mengambil alih tampuk pentadbiran negeri daripada Pengerusi Perikatan Nasional Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Lepas kamu tak jadi Menteri Besar Selangor, pencapaian pelaburan terbaik kita RM18 bilion. Saya pun sedih dia (Mohamed Azmin) jaga kementerian perdagangan antarabangsa dan industri tapi tak tahu pelaburan macam mana.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) pada majlis pelancaran jentera pilihan raya HARAPAN Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 24 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Masa dia jadi Menteri Besar pernah antara RM5 bilion hingga RM7 bilion sahaja,” katanya berucap melancarkan jentera pilihan raya HARAPAN Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi.

Dalam ucapan sama beliau turut menempelak kenyataan Mohamed Azmin berhubung pelantikan dirinya sebagai Dato’ Menteri Besar pada 2018.

“Kau jangan lupa Min (Mohamed Azmin), aku yang kalahkan kamu enam bulan lalu,” katanya sambil mendapat sorakan penyokong HARAPAN.

Pada pilihan raya umum (PRU-15) November tahun lalu, Amirudin merampas kerusi disandang Mohamed Azmin selama tiga penggal dengan majoriti 12,729 undi.


Pengarang :