Penyampaian inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika majlis penyerahan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pentadbiran Amirudin lebih banyak bantuan rakyat berbanding zaman Mohamed Azmin

SHAH ALAM, 25 JUN: Pentadbiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari lebih banyak menyediakan skim bantuan kepada rakyat berbanding zaman Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memimpin Selangor.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Kota Raja Danish Hairudin berkata Amirudin juga terpaksa membersihkan segala kelemahan Mohamed Azmin bagi memastikan sosioekonomi negeri berdaya tahan.

Beliau menambah lebih 40 inisiatif disediakan pentadbiran Amirudin melalui program Iltizam Selangor Penyayang untuk golongan berpendapatan rendah (B40), dari lahir hingga usia emas.

“Ketika Azmin memimpin Selangor, tidak banyak skim bantuan sosial yang dilakukan manakala rizab negeri pula kurang baik.

“Amirudin merupakan ketua Kerajaan Negeri yang jauh lebih berkeupayaan mentadbir negeri berbanding Azmin,” kata timbalan pengarah komunikasi KEADILAN itu dalam kenyataan hari ini.

Danish menambah prestasi cemerlang Amirudin dalam mengemudi negeri memberi gambaran jelas kepada rakyat untuk terus memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya negeri.

Dalam Konvensyen Pilihan Raya Perikatan Nasional Selangor semalam, Mohamed Azmin melontar tohmahan kepada Kerajaan Selangor termasuk mengungkit kedudukan Amirudin sebagai teraju negeri.


Pengarang :