Pemandangan udara dron rumah kos rendah yang siap dibina di Taman Sungai Yu Indah, Kuala Selangor pada 12 September 2022. Foto HALIM ABDUL RAHMAN/ SELANGORTV
AGENSISELANGOR

LPHS rancang laksana projek rumah mampu milik, tampung permintaan tinggi

SHAH ALAM, 27 JUN: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) merancang membangunkan kediaman mampu milik di tanah milikan bagi menampung permintaan tinggi dengan pemohonan setakat ini  mencecah 92,012.

Penolong pengarah kanannya berkata beberapa lokasi pembinaan Rumah Idaman dan Harapan dikenal pasti meliputi Alam Impian dan Glenmarie, Shah Alam selain Pulau Meranti dan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

“Kita sedar permintaan rumah mampu milik tidak seimbang dengan bekalan yang ada, malah jumlah pendaftaran dalam senarai menunggu juga sangat ramai.

“LPHS proaktif laksana projek perumahan sendiri dengan memohon kepada Kerajaan Negeri untuk dapat hak tanah dan bayaran premium sudah dibuat,” kata Mohd Faizal Abd Kadir ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau menjelaskan tempoh sah pendaftaran ditawar kepada pemohon Rumah Selangorku selama dua tahun.

“Sekiranya proses menunggu tamat selepas tempoh itu, pemohon dianggap tidak aktif dan perlu membuat pendaftaran baru,” katanya.


Pengarang :