Seorang lelaki memakai pelitup muka berjalan melepasi tembok peringatan Covid nasional untuk menandakan ulang tahun kedua United Kingdom melaksanakan perintah berkurung dalam tinjauan di London pada 23 Mac 2022. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

WHO beri amaran Covid-19 belum hilang, masih banyak kematian

SHAH ALAM, 28 JUN: Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah memberi amaran Covid-19 belum hilang meskipun badan kesihatan global mengumumkan wabak itu bukan lagi kecemasan.

Pengarahnya Hans Kluge berkata virus itu masih merebak dalam kalangan masyarakat dengan mendakwa kira-kira 1,000 kematian direkodkan di Eropah pada setiap minggu, lapor AFP.

“Walaupun ia mungkin bukan kecemasan kesihatan awam global, Covid-19 masih belum hilang. Hampir 1,000 kematian baharu terus direkodkan di seluruh Eropah pada setiap minggu,” katanya.

Beliau memaklumkan satu daripada 30 orang atau kira-kira 36 juta penduduk Eropah juga mengalami kesan kesihatan berpanjangan akibat wabak itu dalam tempoh tiga tahun lalu.

Badan kesihatan itu turut menggesa orang ramai berwaspada dengan kewujudan semula cacar monyet, yang mencatatkan 22 kes baharu di Eropah bulan lalu, selain kesan kesihatan gelombang haba.


Pengarang :