Orang ramai mengunjungi syarikat yang terlibat dalam program Karnival Kerjaya Mega Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 18 Jun 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

10,000 peluang kerja menanti warga Selangor dalam karnival kerjaya 7, 8 Julai

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 30 JUN : Sebanyak 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya Selangor di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 7 dan 8 Julai.

Bakal disertai 50 majikan dari pelbagai sektor, Selangor Kerjaya menerusi Facebook mempelawa orang ramai yang memerlukan pekerjaan untuk hadir mulai 9 pagi hingga 5 petang bagi mengambil peluang tersebut.

“Dijangka lebih 50 majikan dan 1,000 peluang pekerjaan termasuk latihan industri ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya UiTM bertempat di Kolej Mawar UiTM Shah Alam.

“Pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah kerjaya dan keusahawanan selain semakan resume serta tip temuduga juga akan diadakan sepanjang tempoh karnival berlangsung,” katanya.

Karnival tersebut yang pertama kali diadakan pada Jun tahun lalu membantu seramai 2,500 individu mendapat pekerjaan menerusi penyertaan lebih 100 syarikat pelbagai sektor.

Individu yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang www.selangorkerjaya.com.my

 

 


Pengarang :